468x60 Ads

This is featured post 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

This is featured post 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

This is featured post 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

This is featured post 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

This is featured post 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Selasa, 10 April 2012

Hanya Tuhan Yang tahu


Kekadang kita bercakap jujur n ikhlas menyatakan ap yang kita rase, tetapi tak semua penerimaan orang 2 sama apa yang kita rasakan. 

2 3 hari nie tension hiler, & macam -macam dugaan menimpa diri, tapi aku bersyukur allah ada n sentiasa membantu umatnya yang di timpa masalah. Syukur sangat semuanya settle. Sebab tu lah kekadang kita benci orang 2 walhal orang tu lah akan membantu kita & kadang kala kita percaya orang tu, walhal dia lah pemusna , talam 2 muka @ hipokrit. 

manusia hipokrit nie lah sentiasa menghancurkan hubungan orang len, tapi x le salahkan sesapa, pada diri kita jugak semua nie. kita harus selidik betul-betul apa orang 2 katakan, lagi-lagi if dia kata bf/gf kita. 
ni tak men attack macam machine gun je.  

Aku sentiasa rasa pelik dengan sifat  manusia nie, kita hanya ingin berkawan but tangapan diorang len, if sentiasa call mesti akan jadi len, pelik!!! ingat kita nk usha. its ok lau tangapan macam tu. tapi agak-agak la sampai memburukan orang len, sampai mengatakan "MEMAKSA". pelik kan. 

Tapi ap pun ak happy semuanya settle tapi 1 je x settle, erm... kekadang jadi tanda tanya about our relationship. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

Ap pun layan beb  


Selasa, 3 April 2012

Ayah Pin Kembali

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.---> Dapatkan di pasaran!!

Dah baca?? Jadi dah tahu la ni.. ermm.. buang masa aku nk terangkan..hehe.. Apa-apa pun, apa akan terjadi pada kerajaan langit, dan juga Ayah Pin. Sama-sama kita tunggu.. nanti ada lah tu cerita dia.

Pelamin cinta Azza-Azlan

BERTEMU jodoh memang suatu yang sukar dijangka. Namun ketentuan Tuhan sudah tertulis hingga masa menentukan segalanya berlaku. Pengalaman manis dilalui pelakon drama popular, Noor Azzarima Zawari atau Azza berpeluang merasai detik bahagia buat kali kedua.

Kelmarin menjadi hari bersejarah buat Azza yang juga bekas anggota kumpulan Elite apabila selamat melangsungkan majlis pernikahan bersama jejaka pilihan, Azlan Zulaily

Majlis yang diadakan secara sederhana dan ringkas dihadiri 100 tetamu terdiri anggota keluarga, rakan artis dan pihak media berlangsung dalam suasana tenang dan lancar. 

Azza yang kelihatan anggun dengan gaun warna krim rekaan Syafieq Aiman menguntum senyum gembira saat Azlan melafazkan akad nikah yang disempurnakan imam Masjid Al-Syakirin Bukit Antarabangsa, Selangor.


Walaupun Azlan melafazkan akad sebanyak tiga kali kerana gemuruh, ia tidak menghalang pasangan ini sah bergelar suami isteri. Sebagai tanda ikatan suami isteri, Azlan memberikan wang hantaran sebanyak RM10,000 bersama tujuh dulang manakala pihak Azza membalas sembilan dulang.


Azza ditemui sebaik majlis akad nikah selesai menyatakan perasaan syukur dan gembira kerana hasratnya membina mahligai bahagia bersama suami menjadi kenyataan.

Katanya, dia tidak mahu terburu mengadakan majlis persandingan. Cuma, apa yang penting adalah melaksanakan acara pernikahan kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja.

“Saya hanya mendapat cuti tiga hari sebelum kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri Baitul Rahmat. Kami memang berhasrat mengadakan majlis resepsi dan ia akan menyusul kemudian.

“Buat masa ini, kami masih merancang tarikh sesuai untuk majlis persandingan nanti. Kami sebenarnya turut menerima jemputan pasar raya Mydin yang sudi menaja acara resepsi yang ingin diadakan di cawangan baru di Taman Meru, Ipoh, Perak.

“Sebolehnya saya lebih suka acara persandingan nanti dibuat ringkas dan apa yang paling penting adalah bertemu dan meraikan rakan serta kenalan yang hadir,” katanya.

Sebagai raja sehari, sudah tentu Azza mengharapkan majlis persandingan yang akan diadakan memberikan elemen romantik pada mereka dan tetamu yang hadir.

Menyelami hidup berumahtangga, Azza mengakui persefahaman antara dan kasih sayang antara satu sama lain penting dalam membawa kebahagiaan yang diimpikan.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan jadual kerja suami kerana saya tahu bagaimana kerjanya sebagai pramugara. Namun, saya sendiri sebagai isteri perlu bijak membahagikan masa agar mempunyai masa untuk bersamanya. 

“Apa yang saya lihat anak angkat saya, Marissa dapat terima Azlan dengan baik. Begitu juga keluarga saya sememangnya sebelum ini sukar untuk saya bawa mana-mana lelaki berjumpa mereka. 

“Sebaliknya, apabila saya kenal dengan dia, saya rasa dia boleh diterima keluarga saya dan memang tiada masalah,” katanya turut menerima cincin daripada ibu mentua.

Azza, 35, menyatakan jadual kerjanya masih sibuk dengan penggambaran drama sehingga September nanti. Namun dia tetap akan mencari masa terluang untuk mengadakan majlis resepsi dijangka diadakan pada Mei nanti.

Azlan pula tidak berselindung perasaan gementar ketika berdepan situasi disatukan sebagai suami kepada Azza yang mempunyai ramai peminat. Kata jejaka berasal dari Sungai Petani, Kedah ini, dia gembira sebaik majlis akad nikah selesai. Ketika diijab kabul, dia mengakui merasai perasaan tanggungjawab sebagai suami.

“Saya menyukai karakter diri Azza yang penyayang. Malah, saya menganggap anaknya seperti anak saya juga dan ini membuatkan semangat saya kuat untuk hidup berumahtangga.

“Seperti Azza, jadual kerja saya juga tidak menentu. Mungkin saya dapat meluangkan masa bersamanya ketika cuti,” katanya yang berpeluang mendapat cuti seminggu.

Pada majlis akad nikah, Azza menerima barang hantaran antaranya beg tangan, pewangi Gucci dan barangan kemas Habib manakala barangan untuk Azlan berupa pewangi dan tali pinggang.

Seperti mana pasangan suami isteri lain, Azza bersama Azlan berhasrat berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga. Namun, mereka masih membuat perancangan mengenai destinasi pilihan. Dalam pada itu, pasangan bahagia ini juga menyimpan impian menimang cahaya mata jika dimurahkan rezeki.



Telefon 3D


PENGENALAN telefon pintar yang dibangunkan LG Corp berasaskan teknologi tiga dimensi (3D) menjadi tumpuan kalangan peminat peranti teknologi moden tahun ini. 

LG Optimus 3D P920 adalah produk pertama di dunia yang mengetengahkan inovasi penyampaian visual lebih kreatif dan serta menepati standard teknologi 3D tahun ini.

Keberanian syarikat konglomerat kedua terbesar Korea Selatan memanfaatkan ruang yang disediakan sistem operasi Android 2.2 dalam teknologi 3D wajar diberikan pujian.

Penilaian itu berdasarkan kualiti penyampaian visual serta imej yang mampu menandingi kelengkapan digital lain, khususnya televisyen 3D yang boleh didapati di pasaran ketika ini. 

Lebih menarik, LG Optimus 3D P920 adalah peranti moden yang tidak memerlukan penggunaan kaca mata khas 3D ketika melihat semula imej dan video yang dirakam. 

Pada ukuran 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar. 

Bagaimanapun, reka bentuk luaran berasaskan bahan plastik hitam dan diperkemaskan dengan sentuhan metalik masih mampu mengekalkan ciri ekslusif telefon 3D pertama di dunia. 
Faktor penyumbang kepada saiznya dipengaruhi dua unit pengesan kamera lima megapiksel yang ditempatkan pada bahagian belakang telefon berkenaan. 

Komponen terbabit adalah ciri penting bagi memastikan fungsi penyampaian imej dan video 3D menerusi produk yang lebih kecil dan kompak dirasai. 

Sistem 3D pada telefon pintar LG Optimus itu turut menyokong format video 2D. Ini bagi membolehkan pengguna menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p. 

Operasi kamera untuk imej dan video 3D mudah dikendalikan dengan proses pemindahan mod 2D dan 3D boleh dilakukan menerusi satu kawalan butang fungsi. 

Selain ciri utama 3D, pembangun produk telefon pintar terkini LG tidak memandang remeh fungsi lain untuk model itu, khususnya keupayaan melayari internet. 

Penggunaan prosesor teras berkembar membolehkan pelayaran internet lebih lancar manakala skrin resolusi tinggi memudahkan pengguna membaca teks pada laman web atau e-mel. 

Namun, terdapat beberapa kelemahan pada produk ini seperti aspek kecekapan fungsi kamera dan pengurusan bateri walaupun fungsi 3D tidak digunakan. 

Secara keseluruhannya, penampilan sulung fungsi 3D itu adalah pendekatan yang positif serta berani dan dijangkakan dalam tempoh terdekat lebih banyak produk telefon mudah alih berkonsepkan 3D akan ditawarkan kepada pengguna. 

Namun pada harga lebih tinggi dan bilangan produk digital berasaskan teknologi 3D yang masih rendah, keperluan pengguna untuk memilikinya masih menjadi persoalan. 

Google Malaysia perkenal tiga penambahan baru kepada Google Maps



KUALA LUMPUR: Google Malaysia hari ini memperkenalkan tiga penambahan utama kepada Google Maps, membolehkan pengguna di Malaysia merancang dengan lebih baik perjalanan mereka dan mencari maklumat tepat masa.

Penambahan itu adalah dua lapisan baru, Trafik dan Transit, serta antara muka Bahasa Malaysia.

Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia, berkata dengan membuka lapisan Trafik di Maps, pengguna boleh melihat dengan segera sama ada jalan raya sesak atau bergerak lancar berdasarkan kepada kod warna.

Merah bagi jalan sesak, kuning bagi bergerak perlahan dan hijau bagi aliran lancar.

"Lapisan baru ini memudahkan pemandu untuk merancang laluan alternatif ke destinasi mereka," katanya di sini, hari ini.

Transit menyediakan maklumat mengenai perjalanan menerusi sistem pengangkutan awam Malaysia di Google Maps.

Ia juga menawarkan pilihan lebih baik bagi pengguna Malaysia yang mahu mengelakkan kesesakan trafik dan pergi ke bandar dengan menggunakan pengangkutan awam.
Sajith berkata, data bagi Trafik dan Transit diperolehi daripada pelbagai sumber, termasuk, jabatan pengangkutan kerajaan dan penyedia data swasta.
Sementara itu, Google Maps kini tersedia dalam Bahasa Malaysia (BM).

Versi Bahasa Malaysia Google Maps yang lama ditunggu-tunggu itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengemudi dan berantara muka dengan Google Maps, menggunakan bahasa yang mereka paling selesa.

"Penambahan baru ini adalah sejajar dengan misi Google untuk mengatur maklumat dunia dan menjadikan ia berguna dan boleh diakses sejagat, di samping mengukuh, menambah baik dan menempatkan produk dan perkhidmatan," kata Sajith. - BERNAMA