468x60 Ads

Sabtu, 21 Januari 2012

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara Kembali Senyum, Khairil Izwan Pilus, 33, disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, Pandan Mewah, di sini, jam 6.15 petang, semalam.
Izwan dimasukkan ke hospital berkenaan jam 12.30 tengah malam kelmarin selepas demam kuning.

Hospital mengesahkan Izwan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan ibu bapanya, Normah Abdullah dan Pilus Mohd Jani, adiknya, penyanyi bintang AF, Aril, kakak, saudara-mara serta beberapa rakan baik.

Jenazahnya dibawa pulang ke Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Jasin, Melaka, jam 11 pagi ini.

Izwan pernah dimasukkan ke hospital pada November lalu selepas demam berpanjangan dan doktor mengesahkan jangkitan kuman dalam darah.
Izwan, anak kedua daripada empat beradik itu bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital selepas sihat sebelum kesihatannya kembali terjejas dua minggu lalu.
moga roh beliau di cucuri rahmat.....

0 ulasan: