468x60 Ads

Jumaat, 2 Mac 2012

Cinta Kura-kura


Cinta Kura-Kura (Official Trailer)

Cinta Kura-Kura ! Ya, itu lah tajuk filem terbaru KRU Studios yang bakal menemui peminat² mereka di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Mac 2012. Filem yang mengisahkan cinta komedi romantik ini memaparkan kisah Nani (Tiz Zaqyah) yang memiliki seekor kura-kura bernama nico (suara Zizan Raja Lawak) yang boleh bercakap dengan manusia.
Diarahkan oleh pengarah yang serba boleh, Nizam Zakaria. Filem ini turut menggunakan teknologi CGI seperti filem² KRU Studios sebelum ini. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, dan Daus AF8.

Sinopsis:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Sumber Rujukan:| KRU Studios | Anastasyea Blog 




0 ulasan: