468x60 Ads

Jumaat, 2 Mac 2012

Debaran Bakal Pengantin


DALAM kesibukannya di lokasi penggambaran, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein tidak melupakan soal persiapan majlis pernikahan dan resepsinya yang akan berlangsung pada Disember ini. 

Memilih untuk mengadakan dua majlis serentak dalam sehari, Elly bagaimanapun masih memikirkan konsep untuk hari bahagianya. Tidak mustahil, konsep sampada majlis pertunangan dulu diserlahkan kembali pada majlis resepsi nanti.
Majlis kahwin nanti sederhana saja kerana Elly pentingkan yang wajib. Ada juga tajaan diterima, tetapi tidaklah meliputi semua benda. Majlis pula berlangsung sama ada sebelum atau selepas hari lahir Elly, iaitu 17 Disember.
Elly juga tidak perlu mengikut atau meniru majlis orang lain yang gah dan mewah. 

Biarlah ia berlangsung sederhana tetapi meriah, itu sudah memadai. Persiapan hingga kini sudah 50 peratus dilakukan dan kini Elly tidak sabar menantikan hari untuk bergelar seorang isteri, katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama pelakon Amukan Pocong di Sri Pentas, kelmarin. 

Memilih Eila Faizshah dan Datin Lynda Rahim sebagai pereka busana untuk majlis nikah dan bersanding, Elly dan pasangannya yang juga pengarah, Azmi Hatta, memilih lokasi sama untuk majlis resepsi mereka. 

Pasangan yang bertunang pada 29 Mei tahun lalu itu turut memilih warna lembut dan berkonsepkan moden untuk dua majlis terbabit. 
Walaupun sudah bergelar isteri kepada Azmi, Elly tetap akan meneruskan kerjaya seni. Azmi sendiri tidak pernah menghalang, katanya yang memilih angka 1 untuk wang hantaran, yang masih dirahsiakan. 

Sementara itu, Elly yang memegang watak Long Jamilah, isteri kepada Long Hussin lakonan Azhan Rani dalam drama seram bersiri 13 episod itu, mengaku berdepan cabaran besar ketika menjayakan karakter penuh emosi terbabit. 

Ada babak memerlukan Elly berlari dengan penuh perasaan sehingga menyebabkan Elly tergelincir dan kepala pula luka akibat terseret. Begitupun Alhamdulillah, sepanjang penggambaran, Elly tidak mengalami sebarang gangguan, katanya yang akan terbabit dalam penggambaran drama bersiri Nek Tom terbitan A Aida Production selepas ini. 

Selain dunia lakonan, Elly juga masih aktif menyanyi, malah akan muncul bersama dua single terbaru berjudul Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You dalam masa terdekat. Keduaduanya hasil ciptaan Julfekar.

#Sumber dari Bharian

0 ulasan: